manusia tak akan faham isi hati kita..
mereka tak tahu bagaimana beratnya mahu meluahkan..
setiap kata yang terucap belum tentu mampu melegakan hati..
cinta..
semua mahukan walaupun sedikit
tapi tak semua cekal untuk kejar
hanya berserah jika tak mampu
sayang..
jangan dipaksa..
kalau ia datang, tak akan ada yang mampu menolak
ianya perlahan lahan datang
buka seperti kilat jika kita mahu tahu
silap langkah..hilang berlalu pergi
tak siapa mampu lari dari dunia yang kejam dengan perasaan
kejamnya diri jika tak cuba memiliki
lebih kejam jika saling egois
tidak semua perlu diungkapkan
cukup sekadar perbuatan jika ingin tahu
rasa dengan hati..
tak semestinya dengan ungkapan dan perbuatan
jika itu adalah perasaan tulus dari hati.
No comments:
Post a Comment